Rabu, 10 Disember 2008

Ekpidisi Pancing Ikan, Sitiawan, Perak

Ekspidisi Memancing Ikan Siri 1 Part 1


Ekspidisi Memancing Ikan Siri 1 Part 2


Klik disini untuk tengok gambar

AKTIVITI : Memancing Ikan
DESTINASI : Kampung Baru, Setiawan, Perak
TARIKH : 8 November - 9 November 2008
MASA : 11.00 pagi(Sabtu) hingga 7.30 malam (Ahad)
PENGLIBATAN : 14 orang
Cikgu Wan Rosli, Cikgu Noorzeri, Cikgu Shahidin, Cikgu Zulkifli, Cikgu Nazri, Cikgu Zamzami, Cikgu Raisam, Ustaz Kamaruddin, Ustaz Yussof, Ustaz Shauki, Cikgu Ehzam, Cikgu Adam, Cikgu Rosli dan Cikgu Riduan...
OBJEKTIF : Bercuti, mencari ketenangan, mengeratkan ukhwah, membawa pulang hasil tangkapan yang lumayan.

11.00 a.m - 14 orang guru lelaki yang terlibat berkumpul dan menyusun barang2 serta peralatan ke dalam kereta. seterusnya bacaan doa selamat yang diketuai oleh ustaz Yusof. perjalanan dimulakan dengan menaiki 3 buah kereta yang diketuai oleh Alphard dipandu oleh Cikgu Wan Rosli sebagai pemilik yang berdaftar, Chery Alado dipandu bergilir2 oleh pemandu berdaftar dan tidak berdaftar dan kereta yang ketiga Citra juga dipandu bergilir. biasalah bila dah jalan jauh macam biasa berenti kat mana2 tempat... aku pun tak ingat..

2.30 p.m - tiba di destinasi yang pertama iaitu Rumah adik cikgu Noorzeri yang kebetulan mengadakan kenduri arwah.... Syoknya kat sana sebab dapat memakani makanan yang begitu lazat enak... kami di sana dijamu dengan kari kambing batang pisang, kerabu, udang petai, dan macam2 lagi... uhhhh tak terkata kelazatannya... sehingga ada yang terlupa sudah berapa kali tambah... Kat sini kami dapat menikmati pemandangan indah sawah padi yang terbentang luas. Ustaz Shauki sempat menunjukkan bakat yang terpendam apabila berjaya menunggang scrambler dan gagal menghidupkan enjin. kami juga sempat menjamu biskut dan air kopi sebagai kudapan.. sebelum bergerak ke destinasi yang seterusnya... kami telah secara berjemaah menunaikan solat jamak taqdim... bukan jamak Takyah atau takyah jamak yer..

4.15 p.m - kami memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu kedai alat-alat pancing... kat sini kami mencari umpan dan barang2 yang diperlukan untuk memancing....

6.00 p.m - kami tiba di destinasi utama tempat menginap iaitu chalet kampung baru... dah sampai tu macam biasalah... gi tengok chalet dulu sambil menikmati pemandangan yang indah serta ambil kesempatan berbual dan berbincang sedikit sebanyak tentang aktiviti yang akan dijalankan seterusnya. selepas itu kami pergi ke kedai mencari beberapa lagi peralatan dan sempat singgah di tempat yang akan menjadi tempat kami memancing malam. semangat mula berkobar2...

7.15 p.m - kami menurunkan barang2 dan beg pakaian untuk dibawa ke chalet... kami telah menyewa sebanyak 4 buah chalet yang boleh dimuati oleh 4 orang... kami beruntung kerana Hj. Shukor selaku pemilik chalet tersebut telah memberi satu lagi bilik tambahan untuk kami menginap... kira bestlah jugak... selesa..

7.30 p.m - masa nie setiap orang melakukan aktiviti berlainan.... ada yang mandi... ada yang berehat... ada yang menunaikan solat dan terus menyiapkan peralatan untuk digunakan malam nanti. aku dan beberapa orang lagi tidak mandi dulu... kami menyediakan barang2 untuk BBQ... memula... proses paling asas iaitu menyalakan api pada arang menggunakan fire stater untuk menukarkan arang menjadi bara...

8.00 p.m - bara telah pun siap dan aktiviti memanggang ayam telah dimulakan... banyak jugaklah ayam yang dipanggang... kat sini ada yang bertugas menjaga api... renjis minyak... sapu kuah percik dll. sudah siap panggang ayam panggang kambing dan akhir sekali daging dan ikan... huhhh haus plak.... nak minum air tak susah sorang makcik kat situ baik sangat... dia telah menyediakan air untuk kami... kopi o.. kami juga diberikan nasi putih dan sayur... huhh cukuplahtu... banyaknya nak makan...

9.00 p.m - beberapa makanan yang dipanggang telah pun masak.. so masa nie secara kitorang melantaklah makanan tersebut... sehingga kenyang tak terkata... ayam dan daging habis dimakan... cuma tinggal ikan dan kambing... mana tak habis... banyak sangat makanannya... masa nie kitorang bukan sahaja makan tapi sesi ice breaking sekali... sembang2.. baguslah macam nie... dapat mengeratkan hubungan silaturrahim...

10.00 p.m - semangat membara semakin berkobar-kobar. tak sabar rasanya nak memancing... bermacam ragam dan gaya dapat dilihat... ada juga yang rasa mengantuk dan tak nak join... tapi terpaksa mengalah... mungkin takut dok sorang2 kat situ... untuk ke destinasi memancing..

10.15 p.m - sampai di jeti kami pun mulalah mamasang umpan di mata kail... huhh rupa-rupanya ramai juga yang tak tau memancing.. rahsia ini terbongkar apa bila tali pancing yang dibaling tersangkut dan kadang kala tidak tahu arah hendak dituju... apapun takpelah sebab kita ada otai pancing..Cikgu Nazri.. dan beberapa orang lagilah... baguslah kami yang tak berapa nak reti memancing nie dapat ler ilmu sikit tentang cara nak pasang umpan dan baling pancing....

11.00 p.m - huhh mana ikan nie? takkan tidur kot... tak makan udang ker? terdengar pelbagai suara keluhan dari pada kaki pancing dan kaki tak pancing yang kurang sabar... ikut hati nak jer balik...memancing mimpi di chalet... huuu weyyy dah dapat.. jerit cikgu raisam.... rupanya betullah dia dapat ikan tapi kecik jer.. takpelah asal dapat.... lepas tu cikgu nazri dapat pari... dan akhir sekali cikgu Wan rosli dapat ikan jengus.. hentah betul ke tidak nama ikan tu... semua ikan2 kecik2....

12.00 p.m - dah mula rasa bosan.. kami memulakan perjalanan pulang dengan hati yang agak kecewa.. sampai di chalet beberapa orang guru meneruskan pula aktiviti memancing di depan chalet yang terletak lebih kurang 100 meter dari muara... ada juga yang sambung makan daging kambing...

2.00 p.m - banyak nyamuklah pulak... kitorang yang sambung memancing kat chalet ni terpaksa berenti.. tak larat nak layan nyamuk... adui gatllah... habis tu simpan pancing... lepak kat chalet no.1 ... cikgu shahidin telah mengajak 5 orang guru yang dikenal pasti berkebolehan untuk bermain permainan misteri... sementara itu... 7 orang guru yang lain telah pun meniduri diri mereka... so permainan misteri nie pun bermula... aku hanya menjadi penonton dan juga menyadiakan sedikit bahan iaitu air yang dicampurkan bedak untuk dijadikan denda kepada mereka yang memungut jumlah mata yang tercorot...

3.30 a.m - kedengaran suara yang agak menyeramkan... rupa-rupanya suara cikgu rosli yang terbetuk... semput dan termuntah2... mungkin terlalu banyak makan daging kambing kot.... dan kurang minum air...

6.00 a.m - solat subuh... cikgu shahidin dan beberapa dan 4 orang pengikutnya pergi mencari roti canai untuk sarapan pagi... ada lagi yang masih tidur... ngantuk sangat kot...

7.00 a.m - sarapan pagi.. makan roti canai.. air kopi dan teh tarik disediakan oleh mak lang.. best gak pekene kopi tu... sepatutnya pagi ni aktiviti mencari kepah.. tapi terpaksa dibatalkan atas beberapa sebab dan alasan... jadi sembil makan kami berbincang pula berkenaan alternatif lain.... cikgu Rosli takleh join aktiviti pagi ni sebab demam... aktiviti dimulakan oleh ustaz shauki dengan menjala ikan.... tapi ikan kat sini kecik2.. cikgu Zul pun sempat cuba menjala...

9.00 a.m - setelah berbincang kami telah memutuskan untuk mengadakan 2 aktiviti mengikut kehendak dan kemahuan masing2.. iaitu memancing dan berkayak.... jadi beberapa orang yang nak pergi memancing bersiap dan menaiki bot yang tidak berenjin... kena kayuh guna dayung... naik bot menuju ke tempat memancing yang terletak hampir di tengah laut.. aku join kayak... huhh penat gak berkayak... mana taknya kena kayuh dayung tu... tapi seronok gak.... kayak yang kami guna pun tak banyak 2 jer... sempat lagi race...

12.00 p.m - semua aktiviti yang dijalankan di laut telah selesai... kami terus bergegas pulang ke chalet untuk mengemas diri untuk pulang ke kuala lumpur. sampai kat chalet... minum lagi.... banyak sangat air yang disediakan... teh tarik... kopi o.. kopi o ais... oren.... huhhh banyaknya.. so gilir2 mandi sebab bilik air kat situ ada satu.. sementara tu sempatlah sembang2 pasal aktiviti nie... kira buat refleksilah... bagus ke tak bagus ke? lepas ni ada gak cadangan nak mencandat sotong plak....

1.30 p.m - kitorang menunaikan solat jamak taqdim....lepas tu kemas barang.... ambil gambar beramai2.... ehm... berakhirlah kehidupan kami di chalet... kami memulakan perjalanan pulang

2.00 p.m - berenti makan kat restaurant al-abadi... kat sini kami makan dan sembang-sembang... cikgu rosli dok kat kereta jer.. sebab tak larat... kesian dia...

3.00 p.m - kami meneruskan perjalanan...

7.30 p.m - kami tiba di sekolah... start motor dan kete dan apa lagi cabut balik umah la...

Rumusan Aktiviti : Ekspidisi yang dianjurkan ni pada aku memang bagus... satu langkah bijak untuk menyatukan kami semua sebagai guru disekolah yang mungkin tidak sempat nak berkenalan dengan lebih jauh lagi kerana terpisah dengan 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang.. so pada aku aktiviti ini dapat mengeratkan silaturrahim. sepanjang berada di sitiawan ni.. aku nampak semuanya enjoy walaupun tak dapat hasil tangkapan yang banyak.. sebab itu bukan persoalan pokok sebab kami berada di sini... motif utama berehat atau bercuti sambil menikmati keindahan pemandangan kampung dan melapangkan fikiran...
lebih seronok bab makan... memang puas hati la... so aktiviti sebegini memang patut diadakan lagi.. seperti mana yang dicadangkan, selepas ni aktiviti mencandat sotong dan snorkeling di pulau... seperti yang aku katakan.... banyak ilmu yang dapat diperolehi sepanjang bersama dalam program ekspidisi ini... Jauh perjalanan, Luas pemandangan, bertambah pengetahuan, mengeratkan hubungan bersama rakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan