Isnin, 19 Januari 2009

Ekspidisi Memancing Udang Siri 2

Ekspidisi Pancing Udang Siri 2 Part 1


Ekspidisi Pancing Udang Siri 2 Part 2

Klik Sini Untuk Tengok Gambar

Aktiviti memancing udang siri 2 ini merupakan kesinambungan daripada aktiviti memancing udang yang pernah diadakan sebelum ini.

AKTIVITI : Memancing Udang Galah
DESTINASI : Sungai Kerang, Teluk Intan, Perak
TARIKH : 17 Januari - 19 Januari 2009
MASA : 11.00 malam(Sabtu) hingga 1.30 pagi (Isnin)
PENGLIBATAN : 10 orang... termasuk 2 jemputan
Cikgu Wan Rosli, Cikgu Noorzeri, Cikgu Shahidin, Cikgu Zulkifli, Ustaz Kamaruddin, Ustaz Yussof, Ustaz Shauki, Cikgu Ehzam, Ustaz Halim (SK Datuk Keramat) dan En. Hafiz Shamsuri (Tauke kedai buku)...
OBJEKTIF : Mengisi masa lapang, mencari ketenangan, mengeratkan ukhwah, membawa pulang hasil tangkapan yang lumayan.

11.00 malam - Kami memulakan perjalanan dari SK Setiawangsa dengan menaiki 2 buah kereta import iaitu Alphard dan Chery Alado...

2.30 pagi - Sampai di kampung cikgu Noorzeri... turunkan barang-barang dan peralatan memancing... minum air dan sembang-sembang.... siapkan perambut dan peralatan pancing...

3.00 pagi - Cikgu Norzeri dah ngantuk nak tidur... dia suruh tutup lampu.... Kami pun terpaksa akur dan terus melelapkan mata secara terpaksa tanpa rela....

6.00 pagi - mandi, solat subuh

7.00 pagi - Sarapan nasi lemak dan kuih muih... kami terpaksa memakan makanan yang disediakan untuk bertahan sehingga jam 3 petang...

7.30 pagi - Mengemas peralatan yang hendak dibawa ke dalam Lori.... Kami menaiki sebuah lori yang dipandu dengan laju mengikut seduka hati pemandu...

7.45 pagi - Sampai di Sungai Kerang... Buat sedikit persiapan... bersihkan bot... Isi minyak dan beberapa persiapan lain.

8.00 pagi - Bot yang akan dinaiki ada 4 buah sebenarnya.... tetapi hanya 2 buah bot yang mempunyai pemandu yang berpengalaman... jadi 2 orang daripada kami terpaksa menawarkan diri secara sukarela untuk memandu 2 buah bot lagi... Cikgu Zol telah memberanikan diri untuk memandu bot tersebut.... walaupun takde pengalaman dan lesen memandu bot tapi beliau tetap ingin mencuba... jadi lebih kurang setengah jam masa diberi untuk beliau mengetes bot tersebut... adoiyai.. terhuyung hayang bot tu dibuatnya.... tapi akhirnya berjaya juga... itulah orang kata.. Belum cuba belum tahu... sekarang bila dah cuba dah tahulah...

8.20 pagi - Kami memulakan perjalanan menaiki bot ke destinasi yang sesuai untuk memancing udang... seoronok rasanya dapat melihat keindahan ciptaan Allah sepanjang perjalanan tersebut...

8.50 pagi - Sampai di destinasi tempat memancing.... setiap bot ditempatkan secara berasingan... Apalagi, terus pasang umpan dan baling ler....... huhhh seronoknya apabila tidak lama kemudian kami mula mendapat hasil sedikit demi sedikit.... setelah beberapa minit kami bertukar arah untuk mencari kawasan lain pula

3.00 petang - Sebenarnya kalau ikut perancangan kami sepatutnya pulang.... tapi apa yang terjadi adalah berlaku perubahan... masa memancing dipanjangkan lagi.... kami meneruskan pancingan....

5.00 petang - Bergerak pulang..... singgah makan di warung berdekatan.... makan mee sup... huhh sedap tuu...

6.00 petang - bersihkan alatan memacing dan berbual-bual di luar rumah sambil menikmati udara kampung dengan anginnya yang sepoi-sepoi bahasa... seorang demi seorang mendi dan bersiap untuk menunaikan solat jamak......

6.30 petang - Waktu ini kami menjamu selera.. Cikgu Wan Rosli masih terbaring akibat kepenatan....

8.00 malam - Membuat persiapan untuk pulang.... atas beberapa sebab kami terpaksa menangguhkan perjalanan... Ada yang tak sabar-sabar nak balik... rindu isteri katanya...... tapi biasalah kita merancang tuhan jua yang menentukan.... biar lambat asal selamat.... hujan lebat

9.15 malam - Hujan mulai reda... kami bersiap dan terus pulang .....

10.30 malam - singgah makan di restoran mamak.... makan satay.... dan beberapa lagi jenis makanan

1.15 pagi - Sampai Di SK Setiawangsa... kami mengagihkan udang-udang secara sama rata tanpa mengira darjat..... selesai saja kami terus beredar membawa haluan masing-masing

RUMUSAN :
Aktiviti kali ini mempunyai sejarah yang tersendiri... perancangan yang diatur berjalan seperti yang dirancang dengan beberapa perubahan telah dilakukan mengikut keadaan semasa... Kami berasa seronok dapat mengikuti ekspidisi ini di mana setiap orang bukan sahaja membawa pulang hasil tangkapan yang diagihkan samarata... bahkan pengalaman yang berbeza-beza... sebagai contoh... Cikgu Zol dan En. Hafiz pertama kali memandu bot.... Beberapa orang orang peserta juga mendapat pengalaman baru apabila memancing udang udang buat kali pertama...

Biasalah rezeki yang diberi adalah datangnya daripada Allah s.w.t semata-mata... jadi kurang atau banyak tu kenalah bersyukur.... Apa yang paling penting dalam ekspidisi siri 2 ini... banyak kekangan yang telah kami lalui yang sudah tentunya menguji kesabaran dan membawa seribu satu kenangan indah yang tidak bisa dilupakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan